Kepulauan Solomon merupakan sebuah negara di
Melanesia yang terletak di timur Papua New Guinea dan terdiri daripada lebih
990 buah pulau dengan jumlah keluasan tanah sebesar 28,400 kilometer persegi.
Ibu negaranya, Honiara, terletak di pulau Guadalcanal. Kepulauan Solomon telah
didiami oleh orang Melanesia sejak sekitar 30,000 tahun dahulu dan menjadi
sebuah negeri naungan United Kingdom sejak 1890-an. Beberapa pertempuran sengit
Perang Dunia II telah berlaku di sini. Kepulauan Solomon diberi hak untuk
pemerintahan sendiri pada tahun 1976 dan kemerdekaan dua tahun kemudian. Negara
ini masi...h menjadi anggota Kerajaan Komanwel.
Sejak keganasan etnik yang
berlaku pada 1997, negara Solomon
mengalami masalah salah laku kerajaan serta jenayah dan ini telah melemahkan
kestabilan masyarakat di sana. Pada Jun 2003, satu pasukan berbagai negara yang
diketuai oleh Australia yang dipanggil “Misi Bantuan Wilayah ke Kepulauan
Solomon” (RAMSI) tiba di negara tersebut untuk mengembalikan keamanan dan
melucutkan senjata tentera awam etnik.
Kepulauan Solomon didiami
oleh orang Melanesia selama lebih 30,000 tahun. Peneroka-peneroka Polinesia
mula tiba pada 4000 SM. Peneroka Eropah pertama yang menemui kepulauan Solomon
ialah Pedro Sarmiento de Gamboa pada tahun 1568. Mubaligh-mubaligh Kristian
mula melawati kepulauan ini sejak pertengahan 1800-an. Pada mulanya, kerja
dakwah mereka mencapai hanya sedikit kemajuan disebabkan pengambilan
buruh-buruh dengan kejam untuk ladang-ladang
tebu di Queensland dan Fiji — mengakibatkan siri tindakan balas dan
pembunuhan beramai-ramai. Keburukan dari perdagangan tenaga buruh ini mendorong
United Kingdom untuk mengisytiharkan pulau-pulau Solomon di sebelah selatan
sebagai sebuah negeri naungannya pada 1893. Dari 1898 ke 1899, pulau-pulau Solomon yang lebih terpencil dibawa ke
dalam perlindungan mereka. Pada 1900, baki kepulauan Solomon yang berada di
bawah kuasa Jerman diserahkan kepada
pihak British. Sebagai negeri naungan, banyak mubaligh Kristian telah menetap di sana dan berjaya meyakinkan penduduk
untuk memeluk agama Kristian.
Pada
awal kurun ke-20, beberapa firma British dan Australia memulakan industri
penanaman pokok kelapa secara besar-besaran. Namun, pertumbuhan ekonomi adalah
perlahan dan penduduk tempatan mendapat faedah yang sedikit. Dengan meletusnya
Perang Dunia II, ramai para penanam dan peniaga telah dipindahkan ke Australia
dan segala kerja penanaman dihentikan. Beberapa pertempuran paling sengit
Perang Dunia II telah berlaku di Solomon.Operasi paling penting bagi memerangi
Pasukan Bersenjata Empayar Jepun Paling penting bagi operasi-operasi
Kuasa-kuasa Bersekutu bertentangan dengan Empayar Jepun Kuasa-dilancarkan dari
Solomon pada 14 Ogos, 1942. Bedilan tentera laut dan pendaratan amfibia telah
dilakukan di Florida Islands di Tulagi dan Red Beach di Guadalcanal.
Pertempuran Guadalcanal menjadi
salah satu pertempuran paling penting di kawasan Pasifik.
Berikutan tamatnya Perang
Dunia II, kerajaan kolonial British dipulangkan. Ibu negara kepulauan itu
dipindahkan dari Tulagi ke Honiara untuk mengambil kesempatan daripada
infrastruktur yang ditinggalkan oleh tentera Amerika Syarikat tentera. Sebuah
pergerakan penduduk asal yang dikenali sebagai “Marching Rule” mencabar pihak
kerajaan. Terdapat beberapa insiden sehingga beberapa pemimpin mereka
dipenjarakan pada lewat 1948. Pada tahun 1950an, beberapa kumpulan penentang
peribumi yang lain muncul dan lesap tanpa menjadi lebih kuat. Pada 1960, sebuah
majlis penasihat yang dianggotai penduduk Solomon telah digantikan dengan
sebuah majlis perundangan; dan sebuah majlis mesyuarat kerajaan telah dicipta
sebagai badan yang bertanggungjawab membuat polisi baru untuk protektorat
tersebut. Pada 1974, sebuah perlembagaan baru telah diterima yang menubuhkan
sebuah kerajaan demokrasi berparlimen dan sistem kerajaan bermenteri. Di
pertengahan 1975, nama rasmi “Protektorat British Kepulauan Solomon” digantikan
dengan nama “Kepulauan Solomon”. Pada 2 Januari 1976, Solomon diberi hak untuk
memerintah dengan sendiri, dan diikuti dengan kemerdekaan pada 7 Julai 1978.
Sebuah kerajaan lepas merdeka telah ditubuhkan pada Ogos 1980.
Setelah Bartholomew
Ulufa’alu dipilih sebagai perdana menteri pada 1997, keadaan politik dalam Solomon
mula merosot. Pentadbiran negara semakin goncang kerana prestasi polis dan
agensi-agensi kerajaan lain semakin merosos akibat persaingan etnik yang
berlaku pada masa itu. Ibu negera Honiara di Guadalcanal semakin dihuni oleh
pendatang-pendatang dari pulau Malaita. Pada Jun 2002, sebuah pemberontakan
mendaki oleh militan daripada pulau Malaita mengakibatkan penahanan ringkas
perdana menteri Ulufa’alu dan perletakan jawatannya secara mendesak. Manasseh
Sogavare, ketua Parti Progresif Rakyat dipilih sebagai Perdana Menteri oleh
satu gabungan parti-parti politik yang longgar. Militan Guadalcanal membalas
balik dan berhasrat untuk menghalau pendatang-pendatang Malaitan daripada
Guadalcanal. Ini mengakibatkan penutupan sebuah estet sawit yang besar dan juga
lombong emas yang merupakan barang-barang ekspot penting negara itu.
Pilihanraya pada Disember 2001 telah melihat perlantikan sebuah perdana menteri
baru, Sir Allan Kemakeza yang telah mendapat sokongan dari pelbagai parti
politik.
Kemakeza cuba
menyelesaikan masalah kemerosotoan undang-undang di negara itu, tetapi keadaan
huru-hara, pengugutan meluas dan sebuah pasukan polis yang tidak berkesan
mengakibatkan kerajaan Solomon untuk meminta bantuan dari luar negara. Usulan
ini mendapat sokongan sebulat suara dari parlimen. Pada Julai 2003, pasukan
polis dan tentera dari Australia dan negara-negara Pasifik tiba di Solomon di
bawah naungan misi yang dipimpin oleh Australia yang dikenali sebagai RAMSI
atau Regional Assistance Mission to Solomon Islands. Sebulan kemudian, sebuah
kontinjen sebesar 2200 anggota polis dan askar tiba di bawah Operasi Helpem
Fren. Kontinjen ini diketuai oleh Australia dan New Zealand Satu agak besar
keselamatan antarabangsa kontinjen 2,200 pasukan polis dan pasukan-pasukan,
dipimpin oleh Australia dan New Zealand, dan diwakili oleh sekitar 20 buah
negara lain dari Pasifik. Beberapa pengulas hal ehwal semasa telah menganggap
negara kepulauan Solomon ini sebagai sebuah bermula ketibaan bulan depan
dibawah Operasi Helpem Fren. Selepas waktu ini beberapa pengulas telah dianggap
negara satu negara yang gagal, iaitu sebuah negara lemah di mana kerajaan tidak
mempunyai kuasa memerintah di wilayahnya.
Pada April 2006, terdapat
beberapa tuduhan yang mengatakan bahawa perdana menteri yang baru, Snyder Rini,
telah menggunakan wang rasuah daripada usahawan-usahawan Cina untuk membeli
undi dari ahli Parlimen. Perkara ini telah mencetuskan rusuhan besar di bandar
Honiara. Kemarahan mendalam penduduk tempatan terhadap kaum minoriti Cina telah
mengakibatkan kemusnahan besar ke atas tempat tinggal dan harta mereka di
Chinatown. Negara China telah menghantar sebuah pesawat untuk memindahkan
beratus-ratus pelarian Cina daripada rusuhan tersebut dan lebih ramai askar
Australia dan New Zealand dikerahkan untuk meredakan ketegangan di sana.
Perdana Menteri Snyder meletak jawatan akibat undi tidak yakin yang dijalankan
di Parlimen. Parlimen kemudiannya melantik Manasseh Sogavare kembali sebagai
Perdana Menteri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar